Posts

Showing posts from February, 2019

Photo from Annuar Nordin

*Kanser Payudara PEMBUNUH NOMBOR SATU KAUM WANITA*.. *Kanser Payudara* adalah merupakan *ketumbuhan* jenis *MALIGNAN* iaitu *tumor* jenis *barah* yg terjadi daripada tindakan *sel* yg bermula dari bahagian *payudara*.. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yg melebihi kadar keperluan *organ* serta seterusnya menyerang *organ* serta *tisu* yg berhampiran.. *Sel2 barah* ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada *ketumbuhan* asal sekali gus memasuki *saluran darah* serta *sistem limfa*.. Inilah juga cara serta kaedah *penyakit barah payudara* menyerang bahagian2 *organ* lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai *Metastasis*.. *Kanser payudara* boleh dibahagikan kepada dua bentuk : *1 - Invasif*, *Sel2 kanser* tersebut telah merebak ke tisu2 di sekeliling *payudara*.. *2 - Tidak Invasif*.. *Sel2 kanser* hanya tertumpu di kawasan asalnya.. Bagi *payudara* yg normal, *sel2* nya mengalami pertumbuhan yg terkawal dan teratur. *Hormon Estrogen*...